Tuesday, January 12, 2016

Kajang BC tewas lagi


Kajang BC tewas lagi
Kok Keong (kanan) bersama Ketua Pengawai Eksekutif Cuckoo International, Hoe Kian Choon semasa majlis pelancaran semalam. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 
HASRAT Kajang BC untuk bangkit mengubah nasib dalam saingan Purple League ranap apabila tewas kepada Ampang Jaya BC 11-8. 
 
Kekalahan itu melebarkan rekod kekalahan Kajang BC kepada lapan perlawanan seterusnya meletakakan mereka di kedudukan tercorot liga.

Namun begitu, Jurulatih Kajang BC, Foo Kok Keong berpendapat pujian perlu diberikan kepada pemainnya berdasarkan semangat dan kerja keras walaupun gagal untuk meraih kemenangan.

“Saya pesan kepada pemain, turun gelanggang dan cuba buat yang terbaik. Jika terlalu fikirkan keputusan perlawanan, mereka akan tertekan dan tidak rasai keseronokan bermain. 

"Kita dapat lapan di sebalik kekalahan ini jadi keseluruhannya ia usaha yang bagus walaupun saya akui banyak yang perlu kita tambah baik selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran penapis air terbaru Jazz dari Cuckoo International di Sport Arena Sentosa, semalam.

Cuckoo penaja utama Kajang BC sepanjang saingan Purple League musim ini.

Jazz adalah penapis air yang memiliki saiz kecil sekali gus memberi penjimatan ruang dapur yang lebih efisien.

No comments:

Post a Comment