Utusan Malaysia, Monday, 9 September 2013
KLANG - Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang
masih perkasa dan kemenangan menumbangkan SMK Penang Free dengan ining
dan 37 larian dalam babak akhir Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah
Pelajaran semalam membuktikan skuad juara bertahan tetap kental untuk
bergelar juara.
Pertemuan dua ining bermula kemarin di gelanggang kriket antarabangsa
Bayuemas Oval dekat sini menyaksikan pasukan dari Kajang itu
menghimpunkan 171-9 dalam ining pertama setelah lawan cuma mengumpulkan
67 larian setelah digegar serbuan pada awal perlawanan.
Pada hari kedua, SMK Penang Free masih tidak berkemampuan kerana
mengumpulkan 67 larian lagi sekali gus tertiarap untuk kemenangan mudah
penyandang juara.
"Kami menjangkakan boleh menang mudah apabila melihat kepada
pencapaian hari pertama. SMK Penang Free perlu berusaha memperkemaskan
pasukan untuk saingan tahun depan," kata penyelaras SMK Tinggi Kajang,
Tan Eng Hui.
No comments:
Post a Comment