Wednesday, February 10, 2010

ADUN BANGI WENT TO SUNGAI CHUA MARKET

Wednesday, February 10, 2010

Turun Ke Sungai Chua: Selamat Tahun Baru Cina




Sungguhpun hari ini bukan hari kelepasan Sabtu dan Ahad, Pasar Sungai Chua tetap meriah dan dikunjung oleh pengunjung-pengunjung tetapnya membeli keperluan harian.
Pasar ini boleh disifatkan salah sebuah pasar terbesar di Hulu Langat mendapat kunjungan tertinggi pembeli-pembeli dan ruang pasar penuh sesak dengan penjual dan pembeli.



Demikianlah dalam rangka mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Pasar Sungai Chua menjadi Pasar Utama kami kunjungi. Pagi ini adalah giliran kami berkunjung ke pasar tersebut. Jam lapan pagi saya menelefon Saudara Shahrum berhubung dengan persiapan. Menurutnya persediaan cukup dengan limau dan kad-kad jemputan ke Hari Terbuka Tahun Baru Cina pada 20 Februari 2010 (Sabtu) bertempat di Pusat Komuniti, Taman Seri Langat, Jalan Reko, jam 3.00 – 6.00 petang.


Saya bertolak dari Pejabat dan berjanji berjumpa di pintu masuk Pasar Sungai Chua, manaka Nada dan Nabilah mengikuti dengan kenderaan berikutnya. Tiba di Pasar Sungai Chua, kami mendapat maklumat kumpulan YB Teo Nie Ching dan YB Dr. Che Rusli Che Mat dan pengiring masing-masing telah tiba di pintu sebelah lain. Oleh kerana kotak limau kami telah dibuka dan kad jemputan di tangan, kami yang berkedudukan di pintu utama mulai mengedar kak-kad dan limau bersama Saudara Shahrum. Beliau pula berulang kali pergi mengambil kotak-kotak limau dari kenderaan. Ada kala pengunjung pasar sendiri tolong mengedarkan limau. Sebelum Nada dan Nabilah tiba, Sdr. Shahrum juga bertindak sebagai juru gambar dengan menggunakan kamera handset ADUN.


Dalam pada itu pasukan YB Sdr. Teo Nie Ching dan YB Dr. Che Rusli tiba ke bahagian pintu utama dan kami bersatu mengedarkan risalah dan limau kepada pengunjung-pengunjung yang berterusan melalui ruang menunggu. Pada masa inilah tiba pemberita-pemberita akhbar-akhbar yang dijemput seperti Sinar, Utusan, Nanyang Siang Pau, Sin Chew dan Chinese Press. Mereka sebok mengambil gambar semasa kami mengedarkan risalah dan limau-limau hingga semua peti limau kehabisan. Keputusan dibuat oleh Sdr. Foo untuk segera membeli 30 peti tambahan limau. Pembahagian terhenti sementara menunggu limau yang diorder tiba.

Sementara limau tiba perhatian tertumpu kepada peniaga-peniaga membuat protes kepada semua ketiga-tiga Wakil Rakyat berhubung larangan berniaga di pintu masuk dan larangan lori masuk ke tepi pasar memunggahkan barang-barang. Pada pagi ini juga ramai penguatkuasa tiba. Oleh kerana kesuntukan ruang dan kehadiran pembeli-pembeli ramai, terutama pada hari-hari minggu mereka memohon MPKj membenarkan mereka berniaga di pintu masuk selama dua hari. Kami berjanji untuk membawa perkara ini kepada MPKj. Perkara ini bukan baru. Larangan berniaga di pintu masuk pasar bertujuan untuk melicinkan laluan keluar-masuk, jika dibenarkan masalah kesesakan tidak dapat di atasi.


Apabila kotak-kotak limau tiba, keputusan diambil untuk memasuki ke pasar melalui lorong demi lorang. YB Teo Nie Ching bertindak sebagai pengedar limau dan jurucakap, kerana beliau memang banyak bercakap, lebih-lebih lagi hanya beliau memang berkemampuan menggunakan bahasa Manderin di kalangan pengunjung-pengunjung Cina dan Bahasa Malaysia untuk semua. Saya dan Dr. Che Rusli bertindak sebagai pemberi kad-kad. Sememangnya berlaku kesesakan di dalam pasar, tapi ini menjadi suasana lebih hidup dengan unjuk mengunjuk limau dan kad. Pengunjung-pengunjung juga amat ceria dengan kehadiran kami dan menyambut pemberian kami dengan penuh mesra. Ianya merupakan sebagai Pesta Kunjungan Tahun Baru Cina. Pengiring-pengiring berjumlah dalam lingkungan 15 orang. Limau yang dibeli sebagai tambahan juga ternyata tidak berkecukupan. YB Teo terpaksa, pada peringkat akhir mengurangkan pemberian limau dari 2 biji seorang kepada satu biji. Pada penghujung lorong terakhir limau kehabisan. Sejumlah 80 kotak limau berjaya diedarkan. Kami menghentikan edaran dengan kehabisan limau dan berpisah jam 10.00 pagi dengan penuh kepuasan. Cuma dalam masa mengedar limau dan kad, sebagaimana semalam di Pasar Kajang ada yang bertanya. "Mana YB Cikgu Lee Kim Sin ADUN Kajang?", Kami tidak dapat menjawab. Kalau beliau hadir tentulah lebih lengkap dengan kehadiran Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan tentulah lebih meriah.


Sementara itu, malam tadi sejak dari jam 8.00 malam Selasa ADUN Bangi dan YB Teo Nie Ching dan pengiring-pengiring juga turun bersama di Pasar Seri Langat mengedarkan limau dan kad jemputan kepada pengunjung pasar berkenaan yang terdiri dari berbagai kaum. Pasar di sini agak kurang besar dan tidaklah ramai dengan pengunjung, sebab itu dalam masa satu jam kami dapat selesaikan edaran kad dan limau. Masing-masing bergegas ke program masing-masing selepas itu dan ADUN Bangi pulang untuk urusan mesyuarat. Kunjungan ke Pasar Kajang, Sungai Chua dan Seri Langat mengeratkan hubungan kami dengan rakyat.

"Selamat Menyambut Tahun Baru Cina –Gong Xi Fa Chai"

No comments:

Post a Comment