Pagi ini tiga orang Wakil Rakyat turun serentak membuat "Kunjungan Tahun Baru Cina"
Ke Pasar Kajang. Mereka ialah YB Dr Che Rusli bin Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang dan YB Dr Shafie bin Abu Bakar ADUN Bangi. Mereka bertiga dan pembantu-pembantu bergabung tenaga mulai jam 8.30 menemui peniaga-peniaga dan pengunjung-pengunjung Pasar mengedarkan kad-kad Selamat tahun Baru Cina 2010 dan Jemptan Majlis Jamuan Tahun Baru Cina yang akan diadakan secara bersama antara Ahli Parleman Serdang dan ADUN Bangi pada 20 Februari 2010 (Sabtu) bertempat di Pusat Komuniti Taman Seri Langat. Jalan Reko, 43000 Kajang mulai jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Semua pihak dijemput hadir.
Turun ke Pasar menemui rakyat bagi mengucapkan selamat sama ada Tahun Baru Cina, Hari Raya Idul Fitri dan lain-lain adalah merupakan program tradisi yang diadakan setiap Tahun. Cuma tahun ini ketiga-ketiga Wakil Rakyat, khususnya dua ahli Parlimen hadir bersama merupakan satu yang lebih bermakna. Lebih dari 30 peti limau dan lebih dari 1,500 kad jemputan dan Selamat Tahun Baru Cina sempat diedar. Kad-kad selain ungkapan dalam bahasa
Rombongan yang terdiri lebih dari 20 orang memasuki lorong ke lorong pasar. Peniaga-peniaga dan pengunjung-pengunjung menyambut mereka dengan ceria. Setiap orang dihadiahkan dengan 2 biji limau mandarin dan kad-kad ucapan. Kunjungan berterusan hingga jam 10,00 pagi. Kehadiran kami menandakan kepada orang ramai tentang ketibaan Perayaan Tahun Baru Cina. Kami sebenarnya turut sama memeriahkan sama Sambutan Tahun Baru Cina dan memperlihatkan sikap muhibbah dan menghormati budaya antara kaum, bahkan sama menyambutnya bersama berbagai kaum.
No comments:
Post a Comment