Thursday, October 15, 2009
ADUN Bangi Bekalkan Kamus Kepada Murid-Murid Sekolah Cina
Pada upacara ringkas itu Encik Lau berucap berterima kasih di atas kesudian ADUN buat pertama kali berkunjung ke sekolah tersebut untuk menyampaikan kamus kepada murid-murid melalui PIBG. Menurut En. Lau Sekolah Yoke Min yang terdiri dari dua bangunan di atas tanah 2 ekar adalah sepenuhnya hasil dari derma penduduk yang diusahakan oleh Lembaga Pengelola Sekolah, tiada sebarang peruntukan kerajaan ! Kos bangunan ialah RM800,000/= . Sekolah ini baru berpindah dari sekolah lama beberapa tahun lepas dan masih kekurangan dari segi peralatan,
Sekolah ini yang Guru Besarnya (Pn. Tan Siew Hock) tak dapat hadir, kerana ada tugas mengejut di Kuala Lumpur), menurut En. Lau mempunyai 193 murid dengan 17 orang guru. Hanya ada satu kelas bagi setiap tahun satu hingga lima. Apa yang menarik sungguhpun sekolah Cina. Murid-muridnya adalah multirasial. Daripada 193 orang murid itu 35% daripadanya adalah murid-murid Melayu dan 10% adalah murid-murid dari keturunan India. Ini bererti hanya sedikit lebih dari separuh sahaja (55%) murid-murid Cina. AJK PIBG sekolah ini juga antaranya dua dari mereka adalah Melayu, di samping AJK India. Di sekolah ini terdapat seorang guru agama Islam.
Sekolah ini adalah sekolah kedua terbaik selepas Sekolah Yu Hwa Kajang di Hulu Langat. Ini bererti sekolah ini menjadi sekolah rebutan bagi ibu bapa sama ada Cina, Melayu dan India untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sini. Walau macam mana, untuk masuk ke sekolah ini, murid-murid disyaratkan mesti belajar melalui Tadika Cina di sini yang paling minimum hendaklah mendapat didikan Tadika Cina selama setahun.
(Gambar ; AJK PIBG dan AJK JKKB bersama ADUN Bangi)
Until the next time, cheers.