Pengarah kolej itu, Abdul Salim Abdul Samad berkata, kerjasama tersebut membuka peluang yang lebih cerah kepada pelajar lepasan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Perantis Kemahiran Automotif Servis Selepas Jualan mendapat pekerjaan yang bersesuaian de­ngan tahap kemahiran mereka.

“Menerusi kerjasama ini juga, pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke pringkat diploma di samping diberi pendedahan tentang keperluan industri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis konvokesyen meraikan kejayaan 35 perantis Kolej Vokasional Kajang menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan sijil IPC-SLDN daripada MAI di Menara MITI, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah SLDN JPK, Mohamad Yaakob dan Pengajar SLDN Kolej Vokasional Kajang, Azmie Arshad.

Bagi Azmie, program SLDN ini bertuah kerana memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 pa­da usia yang relatif muda berbanding pelajar di institusi lain.

“Malah, pelajar SLDN juga men­dapat pengalaman berurusan secara langsung dengan pelanggan dan ilmu teknologi terkini di industri,” katanya.